PENING NAK TERUSKAN PENYUSUAN BILA DAH MASUK KERJA? BACA NI.

0

Selepas mommies dh lepas bersalin dan berpantang, cuti pon dah nak habis dan mommies dah nak kene masuk keje.

Si comel pon ditinggalkan kepada pengasuh atau jagaan taska.
So apa persediaan yg mommies perlu dibuat?

Ok jom bace tips kat bawah ni kay..

1

Pemilihan pengasuh atau taska adalah penting supaya penyusuan dpt diteruskan sampai 2 tahun. Mommies perlu pastikan pengasuh atau taska tu mesti mempunyai pengalaman dlm menguruskan stok susu ibu perahan (SIP).

Sekiranya mereka tidak mempunyai pengalaman mommies boleh sediakan panduan secara bertulis beserta gambar rajah yg menunjukkan langkah demi langkah mcm mne nak uruskan stok SIP tu.

Perhatikan cara pengasuh atau penjaga taska melayan bayi yg diasuh ketika sesi perjumpaan. Pilihlah masa perjumpaan ketika bayi anda biasa menangis, jd mommies dpt lihat mcm mne cara bayi dilayan. Perhatikan jugak bayi2 yg lain.

Sekiranya ada bayi yg menangis dan terus disuakan susu botol sehingga berhenyi menangis, ia bukan lah tndakan yg betul. Bayi kadang kala menangis bukan kerana lapar, ttp bayi juga ingin dipegang atau di layan shj.

Jika tindakan sebegitu berlaku, sebnarnya pengasuh atau penjaga taska terlebih memberi stok SIP kepada bayi . Anda pula terpaksa membekalkan stok SIP yg lebih banyak, bukan mengikut keperluan bayi yg sepatutnya. Jika hal ini berlarutan, mommies tetu rasa tertekan sebb x mampu nak bekalkan stok SIP yg diminta.

2

Mommies perlu bekalkan stok SIP mengikut keperluan bayi. Kebiasannya bayi yg berumur dua atau tiga bulan memerlukan 3oz bagi setiap sesi penyusuan.

Coach suggest mommies just bekalkan 3 oz dlm setiap bekas supaya pengasuh atau taska boleh terus memanaskan susu tanpa perlu membahagikannya lagi.

Bekalkan 3oz susu dalam setiap botol untuk setiap 2 jam sekali kerana SIP yg tlh dipanaskan tahan selama 2 jam pada suhu bilik. Minta pengasuh panaskan SIP setiap 2 jam walaupun bayi belum menangis kelaparan supaya susu sentiasa tersedia apabila diperlukan. Kalau susu tidak habis diminum dlm tempoh 2 jam itu, pesan kpd pengasuh just buang je.

Memng rase syg, tp mommies perlu memudahkan tugas pengasuh dan penjaga di taska agar dia rase senang untuk menguruskan stok SIP. sekiranya mommies bekerja selama 9 jam sehari, bekalkan minimum 15oz sehingga 18oz SIP sehari. Jumlah ini termasuk skali waktu perjalanan semasa ingin mengambil bayi pulang.

3

Selain memberi penerangan dan tunjuk ajar, mommies juga perlu menyediakan panduan secara bertulis beserta gambar rajah yg menunjukkan langkah demi langkah bagaimana menguruskan stok SIP dilakukan.

Bagi memudahkan kerja, labelkan botol dgn nombor 1,2 ,3… supaya pengasuh dan penjaga taska tahu stok SIP mana yg perlu digunakan terlebig dahulu. Kadang kala pengasuh tidak sempat menyemak tarikh mana yg lebih awal perlu digunakan apabila bayi menangis.

Walaupun ada pengasuh atau penjaga yg berpengalaman, ada kemungkinan juga cara pengendaliannya tidak betul. Jadi mommies perlu bertanya bagaimana dia melakukan proses tersebut. Jika salah, sediakan panduan yg betul supaya kesilapan tidak berulang.

Mommies perlu pastikan pengasuh memulangkan baki susu yg tinggal supaya tahu jumlah sebenar susu yg bayi minum.

4

Perkakas yg memudahkan pengasuh seperti pemanas (warmer) boleh digunakan untuk memanaskan SIP. Namun, air yg digunakan mestilah suam, bukan air paip kerana ia akan mengambil masa yg lama untuk susu menjadi suam sebelum sedia diberikan kepada si kecil.

Sebenarnya fungsi pemanas hanyalah memanaskan semula air suam yg diisi apabila mula sejuk.

5

Bagi mommies yg bekerja syif khusunya syif malam, kerap kali berlaku bayi mengamuk, menolak SIP dan nak direct feed je.

Antara persediaan yg mommies boleh lakukan ialah anda perlu memastikn bayi dilatih minum SIP menggunakan cawan atau botol semasa cuti bersalin,

Mintalah bantuan orang lain untuk melatih si manja kerana percubaan anda melatih meminum SIP selalunya berakhir dgn kegagalan. Ambil masa untuk melatih si kecil dan diharapkan bila tiba waktu mommies bekerja nnt, dia sudah terbiasa minum menggunakan botol pada waktu itu.

Jadi bayi tidak akan mengamuk jika tidak dapat direct feed,

SEMOGA MOMMIES BELAJAR SESUATU DARI TIPS NI K..

 P/S: KONGSIKAN POST INI JIKA MOMMIES RASA IA MENDATANGKAN MANFAAT UNTUK MOMMIES LAIN

******************************

Nak belajar ilmu penyusuan guna bahasa yg mudah faham?
Tengah fikir macam mane nak kumpul stok susu sebelum masuk keje?
Stress nak kumpul stok sebab anak dah berderet?

Risau susu drop bile anak dah masuk umur setahun lebih?
Sekarang ni anak minum makin banyak sampai tak terkejar demand?
Anak pulak tak boleh terima selain drp susu ibu.. hurmm pening kepala?
.
Jom buat persediaan cabaran penyusuan bg tahun 2018!!!

KOMBO EOOK

LEPAS BACA EBOOK NI MOMMIES AKAN BELAJAR
==========================
tips elak susu kering dlm pantang
keperluan susu yg cukup utk bayi
mcm mana nak tgkatkan susu bersama bayi dan pam
teknik tgkatkan susu tanpa pam tgh2 malam
freestyle kan pam susu so boleh pam sambil buat keje lain
teknik susun jadual pam
menu2 biase jadikan susu luar biasa
jadual makan utk pastikan makanan jadi susu bukan lemak, body maintain

========
Dengan memiliki 4 ebook ini masalah anda akan selesai!
DISKAUN SEBANYAK RM51 utk pakej ebook!!

HARGA ISTIMEWA HANYA RM49 SAHAJA!!
– EBOOK 6 FORMULA SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN
– EBOOK RAHSIA PEMAKANAN IBU MENYUSU
– EBOOK TIPS CARA MAKAN JADI SUSU BUKAN LEMAK

BONUS!!
-EBOOK TIPS MAINTAIN SUSU KETIKA PUASA!!

==============
CARA MUDAH UNTUK DPT KAN HARGA PROMOSI!
==============
LAYARI DI LINK INI (KLIK) SEKARANG!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *